Sunday, 5 April 2015

Assalamualaikum semua :)

Alhamdulillah sekarang baru sampai Uia Gombak. Ada masa terluang sekarang, nak update sikit something dekat sini. Bismillah.. Lately ni i'm so depressed mashaallah. Since sakit hari tu, demam and lepastu aku macam down due to some reasons. Why? Ni nak cerita lah ni, sabaq naaa. :p

Ok, ada seorang kawan aku ni. Parents dia pergi umrah tau, before parents dia pergi umrah, we were fine. Sebab dia ada tanya, 'ada nak kirim doa apa apa tak?' and then my friends and i gave her some duas so that ayah dia boleh doakan dekat sana nanti. Dalam tempoh parents dia pergi sana, suddenly dia BERUBAH!:O Berubah yang macam mana? Dia kejap kejap moody, kejap kejap nak marah. And i was like 'ok faham, parents dia jauh so maybe dia rindu or something'. Aku pun sabar dan diam jelah bila dia moody apa semua. Yelah, dah tu nak suruh aku buat apa kan? Sebab masa parents Nawwar pergi umrah pun, Nawwar jadi macam manja sikit. So, aku faham.

Hari demi hari, detik demi detik. (hehehe poyo tak? :p) Dia berterusan berperangai macam tu. Bila rasa nak marah, dia marah. Bila rasa nak gembira, dia gembira. Apa tak pernah dia terfikir yang aku juga punya perasaan? Jauh dari keluarga? Hampir sebulan tak balik disebabkan kerja yang bertimbun? Apaaaaa dia tak fikir semua itu? Tapi, aku sabar lagi bila fikirkan keluarga dia yang jauh nun di sana. Sampai lah satu hari, dia tinggikan suara dengan aku hanya disebabkan aku minta tolong dia bawakan balik pencil box & fail? Fuh masa tu, sabar aku seolah-olah hilang. Terus call umi, nak cakap yang midterm dah habis. Rasa nak je mengadu, 'Umi, fatin tak kuat kat sini...' Tapi aku cover, taknak umi tahu yang aku tak okay dekat sini. Sikit sahaja lagi nak nangis tapi aku tahankan sebab aku fikir juga aku nak pergi Uia PJ. Nak jumpa Marissa, Mysara, Biha, Jannah.. Aku kena kuat. 

Aku pun luangkan hari minggu dengan orang orang yang aku sayang. Hari Ahad, pergi jalan jalan cari makan dengan Jannah dan Marissa. Time tu seronok gila sebab dapat kongsi masalah dengan diaorang, rasa lega sikit. After that, parents dia pun balik dari Mekah. Know what? Bila parents dia balik je dari sana, terus dia jadi okay balik??!?!! Terus happy apa semua dah takde moody2 dah. Lepastu dia pulak yg tertanya2 kenapa aku berdiam diri dengan dia? (Oh lepas kejadian dia tinggikan suara dengan aku tu, aku mmg diamkan dan jauhkan diri daripada dia). Dia sakitkan hati aku, dan sekarang dia buat seolah olah dia yang disakiti. Andai kau tahu kawan, sakitnya diri ini, hati aku ni, bila kau layan aku macam tu. Andai sahaja kau fikir tentang hati & perasaan seseorang sebelum kau buat sesuatu. Tanpa sedar, layanan dan perkataan kau sangat mengguris hati kawan kau yg sentiasa sabar dgn apa jua yang kau lakukan.

Aku doa, moga Allah pinjamkan aku kekuatan dan semangat. Sebab bila kita tengah down of course we need something yang boleh menaikkan semula semangat kita kan? Hari rabu minggu lepas, Arfah ajak aku pergi usrah. Aku suka pergi usrah sekarang, sebab orang-orangnya semua positif seakan akan mereka takde masalah. Seronok bila dikelilingi orang yg positif, yg berilmu dan peramah. Malam tu, bincang pasal motivasi dan isu semasa di Syria. Nanti ada masa aku share kan tentang ilmu2 tu okay :) Khamis malam pulak, kitaorang join talk by Brother Adnin (penulis buku Tarbiah Sentap), input dan kata kata dia memang best & sempoi! After these two days, jujur aku cakap aku makin okay, hati aku macam dirawat dengan hadiri usrah dan talk macam tu. Thanks Arfah sebab ajak aku pergi talk2 mcm ni. (kena mention, kalau tak, dia tak belikan aku nasi lemak ayam hahaha) Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Dan sekarang, aku tekad. Tiap kali ada masa terluang, aku akan balik rumah. Peduli la orang nak cakap apa, aku tak kisah. Aku taknak luangkan masa aku dekat sini dah. Hati aku berat sangat duduk sini hmmm. Bila dekat rumah, aku sentiasa ada keluarga yang buat aku gelak, dengar masalah aku, cerita aku tanpa jemu. Aku sayang sangat family aku. Ya Allah, lindungilah aku dan keluargaku dari kejahatan, amin.

Aku sentiasa doa moga hati aku tenang dan kuat. Moga persahabatan kami terjalin dengan baik semula. Bukanlah aku ego taknak minta maaf, tapi apa salahnya kalau dia minta maaf dengan apa yg dia buat kat aku dulu? Takkan dia tak boleh fikir yg dia dah sakitkan hati kawan dia? Imposibble. Tapi kalau hati kau keras sangat dan ego kau setinggi gunung taknak minta maaf dekat aku, takpe, aku sentiasa maafkan kau. Cuma kau tanamlah benda ni dekat otak kau, yg walaupun kau berkawan dengan orang, jangan layan dia macam sampah. Jaga kata kata kau, walaupun dia rapat dengan kau. Hargai dia, hargai apa yg dia bagi, apa yg dia offer, hargai semua tu. Apa hak kita, nak sakitkan hati orang sedangkan ibu bapanya sendiri pun tak pernah sakiti dia? Dan cukup cukuplah bandingkan didikan keluarga kau & didikan keluarga kami, sebab semua org mempunyai didikan yang berbeza. Akhir kalam, buang yang keruh dan ambillah yang jernih. Moga Allah redha.